Definition List

kalendar islam

Waktu Solat

Dapatkan widget waktu solat ini

Friday, November 17, 2017

Hati Ini

Sikap dan perangai kamu sentiasa aku ingati. Walaupun aku selalu termimpi mimpi. Hanya kamu si bidadari didalam Hati. Walaupun betapa tidak bererti aku dalam kisah hidup kamu. Membuatkan saya mengerti yang mungkin saja saya harus mengundurkan diri walaupun dalam keadaan sepi. Demi melihat senyuman dan kebahgiaan awak. Harus saya bersendiri dan meneruskan hidup ini.  Demikian juga kisah terbuku dihati. Akan selalu kudoakan akan kebahgiaanmu. Disaat aku mula percayakan cinta pada si anak adam. Saat itu aku memberanikan diri memberitahu segalanya walaupun aku sedar aku sendiri yang terlambat memberitahu kamu selepas aku mendirikan rumah tangga dengan keadaan terpaksa kerana untuk menjagai orang yang paling aku sayang. nenekku si malaikat jelita. Dan dengan dinginnya disaat itu si anak adam mengajarkan ku erti kecewa.  Mungkin dulu aku tersenyum, Mungkin dulu aku tertawa, Mungkin dulu aku kerap bercakap, Tapi kini.. Aku hanya mampu berdiam diri mencuba untuk menahan perasaan yang terluka ini. Kalau aku jahat, Tolong bantu aku dengan doamu perbaiki diriku. Kalau aku degil, tolong cubit pipiku walaupun hanya dalam mimpi dan kata kata mu. Kalau aku nakal, tolonglah meneguri diriku dan diizinkan untuk menarik telingaku. Akan tetapi kalau aku setia, Tolong jagai hatiku walau hanya dalam doamu.
Awak.. si bidadari dunia yang sy idami. Kenapa dulu aku menukai kamu? Mengapa dulu aku sayangkan kamu? Mengapa dulu aku membuat pelbagai cara untuk menarik perhatian kamu? Dan sekarang malah kamu memblock aku daripada menghubungi kamu walaupun hanya sekali yang ku ingin ucapkan. MAAFKAN AKU ATAS TINGKAHLAKU KU. Akan kubiarkan kamu pergi. Walaupun kamu langsung tak menghiraukan aku.

Tak apalah...

Suatu hari nanti, kamu akan mengerti, sebanyak mana ikhlasnya hati ini menyanyangi kamu. Dan walaupun waktu kini aku membuat kamu membenci diriku. Kerana Aku ingin kamu mendoakan diriku akan sifatku. akan sayangku.akan hidupku.Berpura pura senyum tapi dalam hati lagi menangis menahan sebak melihat wajah kamu. Aku berpura pura bahagia walaupun kebahgian aku belum tercapai lagi. Aku diam sebab aku tidak sanggup menyakiti hati kamu seperti mana endahnya kamu tentang diri aku. Dan aku berpura pura senyum hanya untuk menjaga hati kamu dan orang orang sekeliling kamu yang aku sayang.. Melepaskan orang yang aku cintai jauh lebih berat berbanding menerima cinta baru yang asing dalam hati aku. Memang dulu aku membuat keputusan terburu buru. sampai sekarang aku hadapi penyesalan hidup aku. ini lah hukuman ku.It's raining outside , i'm crying inside.when you laughing , im smiling . But when you laughing and happy with yourlife, guess what , i'm dying a lil bit inside my heart. :') because u have brake my hope.

Kadang-kadang kita lepaskan si dia pergi bukan sebab kita dah tak sayang. Tapi sebab kita sayangkan dia, kita biarkan dia bahagia dengan orang yang dia sayang.Perempuan bukan macam tisu. Bila dah guna orang buang . Bila tak guna , dibiar melayang . Lelaki ini manis mulut penuh rayuan.Perempuan pula mudah cair dengan pujukan. Lelaki egonya tinggi, perempuan rajuknya tak bertepi. Berhenti menangis untuk hati yang tak sudi . Tapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti Benar jodoh ada di mana-mana. Bunga bukan sekumtum, Kumbang pula bukan seekor . Tapi cinta pertama tak sama dengan cinta kedua ,ketiga dan seterusnya. aku mungkin tak sempurna seperti lelaki yang kamu harapkan. Tapi sementara tunggu kesempurnaan aku , mungkin kamu boleh belajar mencintai aku ? Kita selalu minta kebebasan dalam perhubungan . Sampai kita tak sedar kebebasan yang kita minta itu adalah perpisahan.  Lelaki yang hebat tidak akan menangis untuk perempuan . Tapi Lelaki yang baik akan menangisi sesuatu perpisahan. Aku paling sedih bila tengok orang yang aku sayang berdamping dengan orang lain. Tapi akan aku cekalkan hati untuk aku menumpang gembira jika kamu bahagia dengan dia , tapi akan lebih gembira jika orang itu ialah saya :'(



Aku mengharapkan kesempurnaan aku sampai aku lupa bagaimana ketidaksempurnaan aku buat kamu untuk  jatuh cinta dengan aku. Cela itu sempurna bagi aku. Mungkin bukan di mata mereka. Tapi cukuplah di mata kita. Kerana ini kisah kita. Bukan kisah mereka. Walaupun kita hubungan bersaudara dan walaupun aku bergelar suami orang. 

No comments:

Post a Comment